Skip to content
Home » Gula Kelapa vs Gula Putih: Mana Lebih Selamat Untuk Diabetes?

Gula Kelapa vs Gula Putih: Mana Lebih Selamat Untuk Diabetes?

Kebaikan gula kelapa semakin mendapat perhatian, terutamanya dalam kalangan warga emas dan individu yang menghidap diabetes. Ramai di antara kita memang suka makanan dan minuman yang manis, tapi bila dah ada penyakit seperti kencing manis, setiap sudu gula perlu difikirkan dua kali.

Ciri-Ciri Gula Kelapa (Pilihan Sihat) Gula Putih (Biasa)
Indeks Glisemik (GI) RENDAH (35)
Tenaga stabil, tiada ‘sugar spike’.
TINGGI (65-70)
Lonjakan gula mendadak & bahaya.
Nutrisi & Mineral Tinggi
Ada Zat Besi, Zink, Kalsium & Inulin.
Kosong
Hanya kalori tanpa khasiat.
Pemprosesan Minima (Unrefined)
Kekal khasiat asal & antioksidan.
Tinggi (Refined)
Diluntur dengan bahan kimia.
Status Halal Dijamin Suci
Bebas ‘Bone-Char’ (Arang Tulang).
Meragukan
Sering guna ‘Bone-Char’ untuk memutihkan.
Kesesuaian Diabetes ✅ Lebih Selamat
(Dengan kawalan sederhana)
❌ Berisiko Tinggi
(Perlu dielakkan)

Kenapa Gula Putih Boleh Jadi Masalah?

Gula putih yang biasa kita guna di rumah tu sebenarnya tinggi indeks glisemik (GI) – lebih kurang 65-70. Bila kita ambil gula tinggi GI, paras gula dalam darah akan naik mendadak. Ini sebabkan pankreas perlu bekerja lebih kuat untuk hasilkan insulin, dan dalam jangka panjang boleh memburukkan lagi kawalan gula darah.

Untuk orang yang dah ada diabetes, ini sangat merisaukan. Ia bukan saja ganggu tenaga seharian, tapi boleh bawa komplikasi seperti kerosakan saraf, mata dan buah pinggang.

Apa Itu Gula Kelapa?

Gula kelapa dihasilkan daripada nira bunga kelapa – bukan daripada kelapa parut ya. Warnanya perang keemasan, rasa dia pun lebih “karamel”, sangat sedap kalau digunakan dalam masakan tradisional atau minuman seperti kopi kampung kita.

Mengikut kajian daripada Food and Nutrition Research Institute (FNRI), gula kelapa mempunyai Indeks Glisemik (GI) serendah 35, berbanding gula putih yang mencecah GI 65-70.

Kebaikan gula kelapa terletak pada nilai GI-nya yang rendah – sekitar 35 sahaja seperti yang disebut diatas. Ini bermaksud gula kelapa dilepaskan lebih perlahan ke dalam aliran darah dan tidak menyebabkan lonjakan mendadak dalam kadar gula darah. Ini sangat membantu untuk pesakit diabetes yang ingin kawal gula tanpa perlu “berpisah” sepenuhnya dengan rasa manis.

7 Kelebihan Luar Biasa Gula Kelapa Berbanding Gula Putih

1. Indeks Glisemik (GI) Rendah (Stabilkan Tenaga) Gula kelapa mempunyai GI serendah 35, jauh lebih rendah berbanding gula putih (GI 65+). Ini bermakna ia tidak menyebabkan ‘Sugar Spike’ (lonjakan gula mendadak), menjadikan anda kekal bertenaga tanpa rasa letih atau mengantuk selepas makan.

2. Kaya Mineral & Elektrolit (Elak Lesu) Ia mengekalkan mineral penting seperti Zat Besi, Zink, Kalsium, serta elektrolit (Potassium, Magnesium) yang hilang dalam gula putih. Nutrien ini penting untuk mengelakkan kelesuan otot dan menjaga fungsi saraf, terutamanya untuk warga emas.

3. Mengandungi Inulin (Baik Untuk Usus) Ada serat prebiotik semula jadi dipanggil Inulin. Ia membantu memperlahankan penyerapan gula ke dalam darah sambil menyuburkan bakteria baik dalam usus. Usus sihat = Imun badan kuat.

4. 100% Bebas ‘Bone-Char’ (Tanpa Was-Was) Ramai tidak tahu gula putih sering diproses menggunakan arang tulang haiwan (bone-char) untuk memutihkannya. Gula kelapa tidak melalui proses ini, menjadikannya pilihan yang dijamin suci, bersih, dan mesra Vegan.

5. Tinggi Antioksidan (Lawan Keradangan) Kerana tidak diproses secara berlebihan (Unrefined), ia mengekalkan antioksidan, Vitamin C dan asid amino asal. Ini membantu tubuh melawan radikal bebas yang sering dikaitkan dengan penyakit kronik.

6. Bebas Bahan Kimia & GMO (Non-GMO) Gula kelapa adalah 100% organik dan semulajadi. Tiada risiko daripada tanaman ubah suai genetik (GMO) yang sering dikaitkan dengan masalah hormon atau ketidaksuburan.

7. Rasa Lebih Sedap & Berlemak Selain khasiat, gula kelapa memberikan rasa manis berlemak (karamel) yang unik, menjadikan minuman Coco OCOC anda lebih sedap tanpa perlu tambah susu pekat yang kurang sihat.

Produk Mesra Diabetes: Pilihan Lebih Selamat

Di Coco OCOC, kami percaya setiap produk yang masuk ke badan perlu bantu, bukan membebankan. Sebab itulah kami gunakan gula kelapa dalam minuman Coco OCOC — satu formulasi unik yang menggabungkan 70% coklat hitam, Gingko Biloba dan gula kelapa. Rasanya sedap, tapi paling penting, bantu fokus dan ingatan — khas untuk anak-anak sekolah mahupun warga emas yang nak kekalkan fungsi otak.

Untuk yang suka masak pun, boleh gantikan gula putih dalam masakan dengan gula kelapa. Sama manis, lebih selamat, lebih berzat.

Siapa Patut Bertukar Kepada Gula Kelapa?

  • Ibu bapa yang risaukan anak-anak ambil terlalu banyak gula proses
  • Warga emas yang nak jaga tekanan darah dan gula
  • Pesakit diabetes yang nak kawal kadar gula harian dengan manisan semula jadi

Kesimpulannya

Kebaikan gula kelapa bukan mitos. Ia terbukti lebih rendah GI, membantu kawalan gula darah dan lebih mesra tubuh berbanding gula putih. Kalau kita boleh pilih yang lebih baik, lebih selamat — kenapa tidak?

Cuba bayangkan kalau setiap pagi kita boleh minum minuman coklat yang bukan sahaja sedap, tapi bantu fokus dan gula tak melambung tinggi. Itulah fungsinya Coco OCOC — minuman kategori “brain-friendly” yang sesuai untuk keluarga Malaysia, termasuk yang ada diabetes.

Jom mula bertukar kepada gula kelapa dan pilih makanan yang lebih mesra otak dan kesihatan. InsyaAllah, pilihan kecil hari ini beri impak besar di masa depan.

Rujukan:

A Review of Nutritional Facts, Production, Availability and Future

(12) Apa kehebatan gula kelapa? Sehingga mampu… – DrRizal Abu Bakar | Facebook

 

Penafian Perubatan (Medical Disclaimer):

Kandungan di laman web ini (cocodrinks.my) adalah untuk tujuan pendidikan dan perkongsian maklumat umum sahaja. Ia tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat perubatan profesional, diagnosis, atau rawatan. Sentiasa dapatkan nasihat daripada doktor atau pakar kesihatan bertauliah mengenai sebarang masalah kesihatan atau perubahan diet, terutamanya jika anda menghidap diabetes atau penyakit kronik lain. Penulis dan pemilik laman web tidak bertanggungjawab atas sebarang kesan yang timbul daripada penggunaan maklumat ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *